PENTADBIRAN Muhyiddin Yasin dikritik setelah didakwa gagal mendalami masalah dihadapi Orang Asli ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC), Dr Colin Nicholas berkata, kerajaan gagal memahami keperluan diperlukan masyarakat itu susulan bantuan diberikan bersikap seragam
"Ia adalah satu kesilapan berikutan terdapat perbezaan saiz dak keperluan keluarga di setiap kampung, menyebabkan keperluan segelintir pihak tidak dipenuhi.
“Sesetengah komuniti tidak memerlukan perkara tertentu, ada yang mahukan susu tepung untuk bayi mereka. Sesetengah keluarga hanya 2 orang, sementara ada yang mempunyai 11 orang,” katanya menurut laporan itu.
Nicholas turut membangkitkan kelemahan dimana bekalan dihantar tidak mencukupi.
beliau memberi 1 contoh di Ulu Tual, berhampiran Temerloh, Pahang, di mana 65 bungkusan makanan untuk 65 keluarga dihantar, walaupun sebenarnya ada 136 keluarga yang tinggal di kampung itu.
“Terdapat juga ramai Orang Asli yang telah pergi ke dalam hutan.
“Mereka (kerajaan) tidak mungkin telah hubungi mereka. Jadi, bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa mereka telah memberikan bantuan kepada semua orang?” soalnya.
Dalam laporan serupa, aktivis masyarakat itu turut kenyataan bercanggah seorang menteri dibawah pentadbiran Muhyiddin dalam isu berkenaan.
Menurut Nicholas, kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang menolak dakwaan bahawa Orang Asli diketepikan dalam pembahagian bantuan makanan kerana edaran itu dimulakan sejak bermulanya PKP di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), dengan jumlah bekalan bernilai RM5 juta diedarkan kepada masyarakat itu bercanggah dengan kenyataan ketua pengarah Jakoa, Juli Edo.
Juli Edo sebelum ini dilaporkan berkata, jabatan itu menghadapi masalah untuk mengedarkannya berikutan kekurangan tenaga kerja dan sumber untuk menyerahkan bantuan itu.
"Putrajaya tidak menyedari dan tidak berhubung dengan realiti keadaan masyarakat berkenaan.
“Malah, ketua pengarah sendiri mengatakan mereka tidak dapat memenuhinya. Siapa yang kita hendak percaya? Seorang menteri yang hanya membuat kenyataan atau pegawai kerajaan Orang Asli yang tahu apa yang berlaku di lapangan?” soalnya.