Melaka Tengah kini zon merah Covid-19


DAERAH Melaka Tengah di Melaka kini dikategorikan sebagai zon merah koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dimaklumkan melalui perkembangan terkini disiarkan di media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah berkenaan telah merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Semalam daerah Hulu Selangor turut dikategorikan dalam zon merah apabila mencatatkan jumlah kes positif juga sebanyak 44 kes.

Keseluruhan 26 kawasan telah dikategorikan sebagai zon merah setakat 12 tengah hari semalam, Daerah Melaka tengah merupakan daerah kedua di diletakkan dibawah zon itu selepas daerah Jasin yang mencatatkan 61 kes.

Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209 kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,148 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 13 kes.

Post a Comment

0 Comments