AMERIKA SYARIKAT (AS) kini mengatasi Itali sebagai negara paling banyak mencatatkan korban kematian akibat koronavirus (Covid-19).
Rauters dalam laporanya berkata, setakat Sabtu, AS mencatatkan kematian lebih 20,000 orang.
Negara itu dilihat lambat mengenakan sekatan, terutama di California.
Sebelum ini wilayah New York dilapor terjejas teruk dengan pendemik tersebut dengan mencatatkan jumlah tertinggi dijangkiti mengatasi kes di Itali dan Spanyol.
2,000 kematian sehari dilaporkan selama empat hari berturut-turut terutamanya di New York.
Pakar kesihatan awam memberi amaran jumlah kematian di AS boleh mencapai 200,000 pada musim panas jika perintah berkurung yang menyebabkan perniagaan ditutup dan kebanyakan orang tinggal di rumah, ditarik semula selepas 30 hari.
Kebanyakan sekatan termasuk penutupan sekolah dan perintah penutupan perniagaan yang tidak penting terletak di bawah bidang kuasa gabenor negeri dan bukan presiden.
0 Comments