Harimau Malaya dijangkiti Covid-19


SEEKOR harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif koronavirus (Covid-19), lapor Reuters.

Harimau berusia 4 tahun dinamakan sebagai Nadia itu sebelum ini mengalami gejala batuk
dan berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti koronavirus daripada manusia.

Reuters juga melaporkan, tiga harimau lain dan tiga singa turut mengalami batuk kering, namun hanya Nadia yang menjalani ujian pengesanan koronavirus kerana ia mengalami simptom paling teruk dan sudah mula hilang selera makan.

“Ini kali pertama kami tahu mengenai kes jangkitan manusia ke haiwan dan menjadikan haiwan itu jatuh sakit,” kata Kata ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle dipetik.

Pihak Zoo itu beranggapan kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.

Tambah Paul, mereka mengelak daripada menguji harimau dan singa lain kerana tidak mahu meletakkan mereka bawah anestesia.

“Harimau dan singa lain tidak begitu kritikal,” katanya.

Nadia menjalani ujian X-ray, ultrabunyi dan ujian darah untuk memahami penyakitnya sebelum menjalani ujian COVID-19 apabila melihat kepada situasi parah di bandar New York yang menjadi pusat penularan koronavirus di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium juga dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

Sementara itu tambah Paul, pihak zoo akan kongsikan kajian mereka bersama zoo dan institusi lain: “Kami harap akan dapat pemahaman yang lebih jelas.

Post a Comment

0 Comments