Bagaimana pakej rangsangan akan diagihkan?


PENTADBIRAN Muhyiddin Yasin digesa menjelaskan bagaimana ia mahu mengagihkan RM5.9 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan minggu lalu bagi mengurangkan impak akibat krisis Covid-19.

Transparency International Malaysia (TI-M) berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan penyalahgunaan dana itu.

TI-M memberi contoh bagaimana ada laporan sebelum ini yang mendakwa dana untuk orang awam disalurkan melalui beberapa orang tengah yang mengaut keuntungan.

Tindakan seperti itu jelas mereka menyebabkan rakyat tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada peruntukan berkenaan.

“Ini sebabnya kerajaan perlu telus dan menjelaskan bagaimana dana ini akan diagihkan.” tegas TI-M. 

Sebelum ini beberapa pihak termasuk ahli politik terkenal menggesa sidang khas bagi membincangkan isu berkenaan pakej rangsangan itu dibincangkan di Dewan Rakyat. 
  
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang mahu ia dibincangkan di dalam dewan berkata, ia perlu bagi memastikan pelaksanaanya kelak tidak kucar kacir dan bantuan sewajarnya benar-benar sampai ke golongan memerlukan.

Post a Comment

0 Comments