SELEPAS insiden kekalutan politik dalam negara yang menyaksikan mandat rakyat 'dirampas, Pakatan Harapan (HARAPAN) kini perlu dikemudi seorang pemimpin yang mempunyai visi jelas untuk memimpin gabungan itu.
Penyokong yang tidak mahu kesilapan pada akhir Febuari lalu berulang sudah tentu mengharapkan imej gabungan itu dapat dipulihkan dan diperkukuh.
Difahamkan, selepas ini Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan memimpin fasa baharu HARAPAN terutama sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya akan datang.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam wawancara bersama Bloomberg sambil berkata, perkara itu sudah tentu perlu dibincangkan bersama parti komponen HARAPAN terlebih dahulu.
"Kita akan adakan mesyuarat, tetapi saya fikir kemungkinan besar Anwar (yang akan dicalonkan)," kata Wan Azizah seperti dipetik.
Beliau sebelumnya ditanyakan soalan siapakah yang akan mengetuai HARAPAN selepas kekalutan itu yang menyaksikan beberapa kerajaan negeri dipimpin HARAPAN turut tumbang.
Sebagai rekod, Anwar merupakan individu yang memulakan gerakan Reformasi yang menuntut keadilan untuk rakyat sejak 1998 setelah disingkirkan dari kerajaan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri memainkan peranan penting menggabungkan beberapa parti politik sebelum ini bagi mencabar Barisan Nasional (BN) secara sistematik dalam beberapa siri Pilihan Raya diadakan.
Sementara itu, Dr Wan Azizah itu turut berkata, HARAPAN turut akan bersedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya mengejut.
"Kita perlu tunggu dan lihat perkembangan. Kerana semua kelihatan tak menentu, begitu rapuh," katanya.
Sebelum ini ada ura-ura berhubung usul undi tidak percaya Muhyiddin di Parlimen. Sekiranya bekas orang kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohammad itu gagal mendapat undi mencukupi, ia bakal menyebabkan Muhyiddin tersingkir dari kerusi Perdana Menteri.

0 Comments