Selepas Bersatu kena tendang, angkat sumpah tangguh


ISTIADAT Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan media siang tadi.

"Dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob telah memutuskan agar Istiadat Pengurnian Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 ditangguhkan.

"Istiadat itu akan berlangsung pada 9 Mac 2020 bersamaan Isnin pada jam 3 petang di Dewan Seri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri,"katanya dalam kenyataan tersebut.

Tiada sebarang penjelasan mengenai punca istiadat itu ditangguhkan, namun ia dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik antara sekutu baharu Umno dan Bersatu yang baru terbentu beberapa hari lalu di negeri itu yang kini dilapor kembali meruncing.

Umno sebelum ini membuat tindakan mengejutkan apabila menolak kerjasama dengan dua ADUN Bersatu di negeri tersebut.

Sehingga kini, bakal Ketua Menteri baharu masih menjadi tanda tanya meskipun pada 2 Mac lalu, gabungan baharu itu mengumumkan mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sekaligus boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Post a Comment

0 Comments