Panjat pokok selamatkan kucing jantan


DEMI seekor kucing, sekumpulan anggota bomba sanggup memanjat tangga dengan ketinggian lebih 15.24.

Usaha anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong untuk membawa turun seekor kucing jantan yang terperangkap di atas pokok leban berhampiran masjid di kampung Baru itu wajar dipuji.

Operasi menyelamat | Foto- Bomba
Ketua BBP Bentong, Zainal Abidin Nong Chik yang dipetik laporan Sinar berkata, anggota bomba berjaya membawa turun kucing itu yang terperangkap di celah dahan pokok itu selepas membawa makanan sebagai umpan dalam usaha memujuk haiwan itu.

"Selepas hampir 45 minit, kucing tersebut akhirnya dibawa turun dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi menyelamat membabitkan lima anggota dan kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya dengan selamat.

Post a Comment

0 Comments