Mandat rakyat, PBS tarik semula sokongan kepada Muhyiddin



AHLI
Parlimen Sri Aman, Masir Kujat yang menyokong Muhyiddin Yassin diarah agar memberi sokongan kepada Calon Perdana Menteri, Pakatan Harapan (HARAPAN).

Arahan itu dibuat Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PBS) sehari selepas satu rakaman video memaparkan Masir membuat kenyataan menafikan dia menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.

"Majlis Presiden telah memutuskan bahawa kenyataan video oleh Masir Kujat, anggota parlimen Sri Aman, ditarik balik.

"PSB akan menyokong Mahathir dan HARAPAN sejajar dengan kehendak rakyat dalam PRU14. Kami percaya tindakan ini betul dan bermoral," kata parti itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Masir sebagai anggota majlis presiden bersetuju dengan keputusan parti dan telah menarik kembali sokongan kepada Muhyiddin.

Sementara itu, PBS turut berkata, kekuatan Muhyiddin sebagai perdana menteri perlu diuji ketika sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 9 Mac

PBS berkata lagi, mereka, sebagai sebuah parti politik yang meletak kepentingan rakyat, biarpun tidak semestinya setuju dengan HARAPAN perlu menghormati mandat diberi kepada HARAPAN oleh rakyat pada PRU lalu.

Post a Comment

0 Comments