K'jaan HARAPAN tumbang kerana individu tiada prinsip


PEMIMPIN tidak ada prinsip dan gagal mengotakan janji merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengkritik sikap tidak tetap pendirian, Anwar berkata, pemimpin berkenaan meletak kepentingan peribadi melebihi kepentingan umum.

“Semalam kamu setuju, kemudian hari ini kamu tukar, sebab apa? Ugutan wang.

“Kita mulai lentur, hadapi kesukaran bila kita terpukau dengan kilauan kuasa dan harta, ini cabaran besar kita.

“Kita kena latih angkat tokoh yang berakhlak, berprinsip tetap tidak mudah tergugat,” katanya

Anwar sebelumnya berucap pada program keagamaan mingguan di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Beliau sementara itu turut menyifatkan kejatuhan kerajaan HARAPAN yang membawa kepada pelantikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sebagai satu bentuk rampasan kuasa.

“Orang yang berfikir bukan hanya di sini, seluruh dunia tahu ini satu rampasan (kuasa) sama ada ikut prosedur, sama ada ikut undi, ia satu rampasan (kuasa).” tegasnya. 

Post a Comment

0 Comments