KEADILAN boikot program k'jaan Umno Johor


SEMUA lantikan politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Johor akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno.

Timbalan Pengerusi KEADILAN negeri,  Jimmy Puah Wee Tse dalam kenyataan malam tadi berkata, keputusan itu berkuat kuasa serta merta dan ia membabitkan semua ahli majlis, ketua kampung dan masyarakat.

Katanya, arahan itu dikeluarkan kerana Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan lagi kerajaan negeri dan semua individu dilantik kerajaan HARAPAN yang ditumbangkan susulan krisis politik baru-baru ini tidak terlibat dengan pentadbiran baharu.

“Kita tidak lagi menjadi kerajaan. Kita tidak akan terlibat dengan kerajaan baru yang melaksanakan dasar mereka,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Jumaat lalu, Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru menggantikan Adun Bukit Kepong dari Bersatu, Datuk Dr Sahruddin Jamal setelah mendapat perkenan dari Sultan Johor.


 

Post a Comment

0 Comments