Pencipta lagu 'Cinta Pantai Merdeka' meninggal dunia


PENCIPTA lagu ‘Cinta Pantai Merdeka’, Pak Long yang sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital dilapor telah meninggal dunia.

Difahamkan, Pak Long atau nama sebenarnya Shafie Ahmad, 54, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, petang semalam dipercayai akibat paru-paru berair.

Sebelum ini, penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’ itu dimasukkan ke hospital sejak awal Januari lalu setelah dilapor mengalami demam panas.

Menurut anaknya, Nur Muhammad Idhoffy, 18, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang di sisi semua tujuh anaknya dan isteri selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Arwah bapa dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu, selepas dipindahkan dari Hospital Sik. Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas.

“Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah,” katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang rumahnya di Kampung Batu 8, Sik dan dijadualkan untuk dikebumikan pagi esok.

Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long turut mencipta lagu  ‘Al Jannah’ nyanyian Mawi.
 

Post a Comment

0 Comments