LIMA orang dilapor cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas rombongan yang membawa 38 guru.
Dalam kemalangan di KM42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong malam semalam, dua daripadanya parah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata nahas jalan raya pada 11.50 malam itu melibatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor yang dalam perjalanan ke Kelantan.
Bas itu yang sedang menuruni bukit difahamkan berdepan masalah brek sebelum melanggar besi penghadang jalan di laluan berkenaan.
“Kejadian difahamkan berlaku selepas pemandu bas berusia 31 tahun cuba mengelak ke kiri jalan selepas mendapati brek bas itu gagal berfungsi.
“Bas itu juga melanggar sisi kiri sebuah treler yang berada kira-kira 100m di depannya sebelum dapat dihentikan,” kata Kamarulzaman.
Susulan itu jelasnya 2 penumpang yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh manakala 3 yang cedera ringan dihantar ke Hospital Bentong.
Dalam kemalangan di KM42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong malam semalam, dua daripadanya parah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata nahas jalan raya pada 11.50 malam itu melibatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor yang dalam perjalanan ke Kelantan.
![]() |
Keadaan bas yang terlibat kemalangan |

0 Comments