SEORANG lagi Ahli Parlimen Iraq meninggal dunia akibat dijangkiti koronavirus (Covid-19) semalam.
Agensi berira IRNA melaporkan kes kematian terbaharu itu melibatkan Fatemeh Rahbar, 55, merupakan salah seorang Ahli Parlimen konservatif yang dipilih bagi kawasan Tehran.
Sebelum ini, tujuh ahli politik dan pegawai kerajaan terkorban akibat wabak berkenaan yang melanda negara berkenaan sejak kes pertama dilapor berlaku pertengahan Februari lalu.
Setakat akhir bulan lalu sahaja, sekurang-kurangnya 26 orang meninggal dunia dan sebanyak 254 kes disahkan positif Covid-19 , termasuk 106 kes baharu.
Sekitar 10 peratus daripada kes positif Covid-19 di negara itu, pesakitnya meninggal dunia.
Qom, sebuah bandar yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah, dipercayai menjadi pusat penularan Covid-19 di Iran.
Pemerintah negara itu juga sudah menutup sekolah dan universiti selain menghalang acara utama bagi sukan serta kebudayaan selain mengurangkan tempoh bekerja di seluruh negara itu bagi memperlahankan penularan yang kini merebak ke 31 wilayahnya.
0 Comments