Korea Selatan lancar perang terhadap Covid-19


KOREA SELATAN
mengisytiharkan perang terhadap ancaman koronavirus (Covid-19) dengan semua agensi kerajaan diletakkan dalam mod kecemasan.

Pengisytiharan itu diumum Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in susulan kes jangkitan yang semakin meningkat di negara itu.

Menurut Jae-in, pihak kerajaan akan menyuntik lebih 30 trilion Won (RM106 bilion) ke dalam ekonomi untuk menangani wabak itu.

"Seluruh negara telah memasuki zon perang terhadap penyakit berjangkit. Semua agensi kerajaan perlu beroperasi setiap masa," katanya dipetik laporan Agensi.

Jumlah jangkitan Covid-19 di Korea Selatan setakat ini adalah paling tinggi di luar China dengan lebih 5,000 kes dilaporkan dan 28 kematian direkodkan.

Dalam minggu ini, sejumlah besar kerajaan tempatan di Korea Selatan telah melancarkan kemudahan ujian tepi jalan berikutan permintaan pemeriksaan yang semakin meningkat dan peningkatan waktu menunggu boleh menyebabkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Kemudahan ujian sementara di bandar Goyang terletak kira-kira 16 kilometer dari ibu negara Seoul dibuka minggu lalu di tempat letak kereta awam dan lebih 100 penduduk diperiksa setiap hari.

Daripada 5,186 kes yang dicatatkan di seluruh negara, hampir 90 peratus daripadanya dilaporkan di bandar Daegu dan wilayah jiran Gyeongsang Utara.

Post a Comment

0 Comments