Aminuddin yakin K'jaan HARAPAN di N9 kukuh


KERAJAAN
Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan yakin tidak goyah biarpun berlaku beberapa jajaran politik baharu di Johor, Perak dan Melaka.

Pengerusi HARAPAN negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan yang dibentuk dengan mandat dari rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 masih kukuh.

Malah beliau optimis 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masih akan terus setia kepada HARAPAN bagi melunaskan amanah diberikan rakyat kepada mereka.

“Saya yakin HARAPAN di Negeri Sembilan tidak akan tumbang, seperti yang berlaku di beberapa buah negeri yang lain.

“Saya masih yakin 100 peratus dengan rakan-rakan yang punyai integriti yang tinggi dan semangat setia kawan yang baik,” kata Menteri Besar itu kepada pemberita.

Sebagai rekod, HARAPAN di negeri itu menguasai 20 daripada 26 kerusi DUN.

Kesemua 20 kerusi berkenaan merangkumi 11 kerusi milik DAP, PKR (enam) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (tiga).

Baki 16 kerusi adalah milik Barisan Nasional (BN) dengan 15 daripadanya dikuasai UMNO manakala MIC, satu.

Post a Comment

0 Comments