Rakyat M'sia di Perth jadi mangsa rasis


SEORANG penuntut Malaysia merasa dangat kecewa setelah diusir pemilik rumah sewanya yang bimbang dengan penularan koronavirus.

Dalam kejadian di barat Australia itu, penuntut dikenali sebagai Helen itu dihalang masuk ke dalam rumah sewanya sekembali dari pulang bercuti di negara ini.

Memetik laporan media, Helen berkata, dia tidak dapat mengambil barangan peribadi miliknya di dalam rumah itu dan berharap tindakan diambil terhadap insiden berbaur ‘perkauman’ itu.

“Saya tidak mahu balik ke bilik ambil barang kerana saya takut.

“Ini tidak adil. Saya rasa mereka perlu buat sesuatu, jangan sebarkan mesej salah kepada setiap orang,” katanya.

Lebih mengecewakan kunci rumah terbabit turut ditukar kepada baharu dengan satu nota misteri ditampal di pintu masuk rumah sewanya itu

Nota terbabit berbunyi: ‘Amaran jangan ceroboh. Disebabkan anda gagal menghubungi saya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana isu kecemasan global, kononavirus, anda tidak dialu-alukan lagi dalam rumah ini.’

“Saya rasa sangat sedih dan keliru kerana saya tak buat apa-apa... tetapi kenapa perkara seperti ini berlaku kepada saya?

“Saya cuba mencari pemilik rumah ini tetapi tidak dapat dihubungi, malah polis juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu saya,” katanya kepada ABC Perth.
 

Post a Comment

0 Comments