PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik gesaan pihak tertentu yang mahu beliau terus memimpin negara sehingga tamat penggal
Bercakap kepada media selepas meghadiri satu program di Ulu Melaka, Langkawi semalam, Dr menegaskan beliau tetap akan berundur seperti dijanjikan selepas November tahun ini dan jawatan perdana menteri akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegasnya, beliau kini sudah mencecah usia 95 tahun dan tugas dipikulnya sedikit membebankan.
“Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 22 tahun lagi.Saya sudah 94 tahun.
“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan. Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya," tegasnya.
Sarawak Report pada minggu lalu memetik "khabar angin" dari sumber yang mendakwa 138 anggota parlimen Umno, PAS, Bersatu dan PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali digesa datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong kepimpinan Mahathir sehingga habis penggal.
Anwar melalui kenyataan media pada kelmarin mengesahkan kewujudan "plot licik" untuk memastikan Mahathir berkuasa tetapi berkata pengerusi HARAPAN itu tidak terlibat.
"Hari ini Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai majoriti (dalam Parlimen), macam mana boleh dapat angka 138?
"Saya tidak tahu (bagaimana) mereka boleh buat macam itu, cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan," katanya Dr Mahathir yang turut menyokong kenyataan Anwar sebelum ini.
Dalam kenyataan petang kelmarin, Anwar juga berkata beliau cenderung agar Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hujung tahun ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah berulang kali berkata beliau akan menunaikan janjinya, pada Disember lalu, perdana menteri membayangkan ia akan berlaku selepas sidang kemuncak Apec pada November tahun ini.
0 Comments