DALAM usaha memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberi secara berkesan kepada rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kajian baharu memata dan menganjur taburan dan keperluan anggota kesihatan.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata kajian itu akan menyemak keperluan sebenar pelbagai kategori sumber manusia, dan akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan pada 2016 dan keperluan kesihatan rakyat.
Kajian itu juga tegasnya “akan menjadi ‘evidence-base (himpunan bukti) ke arah penyediaan pelan implementasi bagi strategi-strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan.
“Pelan jangka panjang ini untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,” kata Ahli Parlimen Sikijang itu dalam kenyataan.
Sementara itu menurut beliau, kajian baharu ini menyusuli kajian terdahulu yang menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami ‘kebanjiran’ mulai 2026 hingga 2030.
Menurutnya, kajian itu berdasarkan data dari 2008 hingga 2015 kurang menggambarkan situasi semasa.
Tegasnya, perancangan tenaga kerja kesihatan secara efektif harus mengambil kira keperluan kesihatan akibat pertambahan penduduk, penuaan masyarakat, peningkatan beban penyakit, dan juga kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana kesihatan.
![]() |
Kerajaan mahu perkukuh sistem kesihatan |
“Oleh itu, KKM memberi penekanan terhadap perancangan sumber manusia yang holistik dan strategik bagi memastikan bekalan pekerja kesihatan adalah mencukupi,” jelasnya.
0 Comments