Lebih 8,000 peserta hadiri program dialog Meet Anwar


LEBIH
8,000 anak muda menghadiri sesi dialog temu Anwar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Convention Centre pada Ahad.

Pada Program terbesar pernah dianjurkan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) itu, beliau menerima hampir 100 soalan yang kebanyakkanya melibatkan anak muda.

Ia antaranya berhubung isu pengangkutan awam, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan.

Menjawab salah satu soalan berhubung AUKU, Anwar berkata walaupun baru-baru ini diumumkan bahawa akta itu tidak akan dimansuhkan tetapi beliau akan membincangkan untuk menggugurkan sebarang peruntukan yang menyusahkan pelajar dan tenaga pengajar.

“Kamu tahu asal usul AUKU? AUKU itu dilaksana oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghalang Anwar masuk universiti.

“Saya sudah bincang dengan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin untuk pinda peruntukan yang menyekat kebebasan pelajar malah pensyarah-pensyarah juga,” katanya.

Menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan mengenai lambakan permohonan SPA, Anwar berkata pelantikan menerusi badan itu adalah terhad, justeru kerajaan jelasnya mahu memperkasa TVET  sebagai jalan pilihan untuk golongan muda mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji lebih lumayan.

Program Meet Anwar terbesar pernah diadakan
“SPA ini prosesnya adalah berdasarkan kekosongan bagi kementerian-kementerian itu. Itu adalah yang paling utama kita perlu faham.

“Sekiranya pelantikan itu dibuat untuk menerima masuk semua permohonan anak muda, maka sistem itu akan membengkak. Ini sebabnya kita menggalakkan TVET untuk mencipta peluang pekerjaan untuk anak muda,” jelasnya. 

Post a Comment

0 Comments