PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan bakal mengkaji semula isu monopoli dalam perkhidmatan Touch n' Go.
Menjawab pertanyaan dikemuka seorang peserta program Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, Touch n' Go sudah beroperasi selama dua dekad namun sistem yang digunakan tidak perkembangan.
"Touch 'n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad dan sistem yang digunakan tidak ada sebarang progress dalam perkara itu.
"Jadi saya rasa benar, kita perlu pertimbangkan perkara itu," katanya kepada pertanyaan apakah kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli syarikat berkenaan.
![]() |
PM setuju pandangan Touch n Go perlu dikaji |
Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.
Pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang untuk bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pemerkasaan belia.
0 Comments