LTdL 2020: Pok Nik yakin M'sia masih ada peluang


MASIH ada ruang untuk skuad negara merampas gelaran pasukan terbaik Asia pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi kali ini.

Pelumba kebangsaan, Nik Mohd Azwan Zulkifle bagaimanapun berkata, skuad negara perlu bekerja lebih keras memperbaiki kedudukan di baki tiga peringkat perlumbaan.

"Kalau tengok pada laluan perlumbaan untuk baki tiga peringkat, kami masih ada peluang untuk meraih gelaran Pasukan Terbaik Asia.

"Sebagai contoh, pada perlumbaan esok ada beberapa laluan berbukit di Balik Pulau yang melibatkan enam pusingan di beberapa selekoh, berbanding tiga pusingan pada tahun lepas, jadi saya nampak kami ada peluang cerah di situ," katanya dipetik laporan Bernama.

Sementara itu, Nik Mohd Azwan atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pok Nik’ kalangan peminat dunia berbasikal bergelut dengan kecederaan lutut di alaminya susulan kemalangan bersama pelumba lain pada peringkat sebelum ini.

Menurut Pok Nik, kecederaan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan rentak kayuhannya.

"Kecederaan sedikit sebanyak menjejaskan rentak kayuhan saya.

"Saya gembira dapat kutip tiga mata pada zon pecutan ketiga di Tapah, dan saya berharap dapat meneruskan aksi terbaik bersama skuad kebangsaan pada baki tiga peringkat perlumbaan lagi," jelasnya.

Sebagai rekod, awal Januari lalu, Pok Nik berjaya menempatkan diri di podium pada Kejohanan Cambodia Bay Cycling Tour.

Pada saingan LTdL 2018, beliau pernah menyarung jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia.


BACA LAGI: 
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


Post a Comment

0 Comments