PENDUDUK Timur Laut Thailand berkabung pada Isnin bagi memperingati mangsa amukan seorang anggota tentera.
Media melaporkan orang ramai meletakkan bunga dan nota terakhir di hadapan sebuah pusat beli-belah, Terminal 21 di Nakhon Ratchasima,Thailand dimana insiden amukan itu tersebut.
Dalam kejadian pada Sabtu itu 30 dilaporkan maut dan mencederakan 58 yang lain.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ketua tentera Thailand memohon maaf atas insiden itu.
Jeneral Apirat Kongsompong sambil mengesat air matanya pada sidang media selama 90 minit di ibu negara itu menyifatkan pelaku, Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma sebagai seorang penjenayah.
Saya amat kesal dengan kejadian itu. Dia bukan lagi seorang anggota tentera dan merupakan penjenayah ketika dia bertindak membunuh orang tidak berdosa," katanya dalam sidang media itu.
Menurutnya, tentera juga akan membantu memberikan pampasan kepada kesemua mangsa dan waris keluarga mereka.
Sebelum ini, Raja Maha Vajiralongkorn memperkenan pengebumian diraja terhadap semua mangsa yang terbunuh dalam kejadian amuk dilancarkan oleh Jakrapanth.
Suspek melakukan perbuatan amuk itu dipercayai kerana marah terhadap pegawai komandernya tentang isu kewangan. Suspek ditembak mati pihak berkuasa beberapa jam selepas insiden itu.
0 Comments