Bunuh rakan kerana berebut mahu isi NGV


SEORANG pemandu teksi warga emas meninggal dipercayai kerana bergaduh.

Dalam kejadian disebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur siang tadi mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat tidak puas hati apabila salah seorang memotong barisan untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV).

Seorang saksi dikenali sebagai Imran, 40, yang dilapor media berkata, ketika kejadian hanya terdapat dua teksi di pam NGV berkenaan dan dia sendiri tidak pasti punca pergaduhan.

"KETIKA kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh.

"Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.

"Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.30 pagi.

Mohamed Mokhsein berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat.

"Suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut. Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments