SEORANG lelaki menemui ajal apabila dihempap motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya.
Dalam kejadian di KM54, Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi (Aring), mangsa Ridzuan Ibrahim, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Triumph Tiger Explorer ABS seberat kira-kira 250 kilogram dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menghala ke tempat kerjanya di Gong Badak, Kuala Nerus.
Namun sebaik tiba di lokasi, Ridzuan katanya hilang kawalan dan terbabas ke lorong sebelah kanan menghala ke Tasik Kenyir.
"Mangsa kemudiannya terjatuh dan dihempap motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," jelas Mohd Adli.
BACA: Pengasas Suzzy Helmets maut kemalangan.
Mangsa difahamkan pengurus Restoran Marrybrown (Perak, Kelantan & Terengganu)
Tambah Adli lagi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 Comments