LEGENDA bola keranjang Amrika Syarikat (AS) Kobe Bryant dilapor antara yang terbunuh dalam nahas helikopter di bandar Calabasas, California sebentar tadi.
Pihak berkuasa polis, Los Angeles County Sheriff’s berkata, selain Bryant, lapan lagi terkorban termasuk anak perempuannya Gianna. selain berkata tiada mangsa yang selamat dalam nahas itu.
Difahamkan Bryant, 41, mengembara dalam sebuah helikopter swasta ketika ia terbakar sebelum terhempas.
Sementara itu, Ketua bomba Los Angeles County, Daryl Osby berkata, sepasukan anggota bomba dihantar ke kawasan kemalangan. Bagaimanapun katanya, kawasan nahas itu agak sukar diakses.
Manakala Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional berkata ia menghantar satu pasukan ke California pada petang Ahad.
Bryant, dianggap sebagai salah satu pemain bola keranjang paling hebat dalam sejarah permainan.
Pengendali liga bola keranjang profesional Amerika syarikat N.B.A dilapor telah menghebahkan berita kematian Bryant dan Gianna kepada semua pasukan dan pekerja liga tersebut.
"Selama 20 musim, Bryant menunjukkan kepada kita apa yang mungkin apabila bakat yang luar biasa menggabungkan dengan pengabdian mutlak untuk menang," kata kenyataan N.B.A
0 Comments