Sgor bakal bertindak terhadap pemabuk ganggu ketenteraman


KERAJAAN
negeri Selangor mengambil inisiatif baru dengan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang papan tanda peringatan berkaitan minuman keras.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, walaupun tiada undang-undang digubal bagi melarang mana-mana individu meminum arak di kawasan awam, namun keselesaan dan ketenteraman ramai adalah menjadi keutamaan.

Dengan langkah itu juga tegasnya mana-mana individu mabuk yang meenimbulkan kekecohan bakal diambil tindakan tegas oleh PBT.

“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya.

Ng yang juga ADUN Kinrara berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkenaan langkah yang boleh dilakukan kerajaan negeri dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.

 

Post a Comment

0 Comments