BEKAS gitaris kumpulan rock Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh awal tahun ini, menurut laporan media.
Kematian Akel, yang menyertai militan Daish di Syria disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Menurut Ayob, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, dan seorang lagi militan Daish, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria pada Januari dan Mac lalu.
Sebagai rekod, Akel menyertai gerakan militan Daish sejak tercetusnya konflik di Syria beberapa tahun lalu.
Sementara itu menurut Ayob, turut terbunuh adalah isteri dan anak Akel berusia dua serta tiga tahun bersama seorang lagi militan Daish warga Belgium.
"Kita menerima maklumat bahawa Akel terbunuh apabila rumahnya di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu," katanya dipetik laporan metro.
Tambah Ayob, keempat-empat yang terbunuh dianggap sebagai pemimpin kanan kumpulan militan tersebut.
Mohd Rafi juga adalah bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Selain itu, dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar mempunyai peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara, menurut laporan berkenaan.

0 Comments