TUJUH kenderaan terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di Tapah malam tadi.
Dalam kemalangan membabitkan dua treler, satu lori, satu pacuan empat roda dan tiga kereta itu yang membabitkan 14 orang itu, empat diantara mereka dilapor maut, termasuk seorang kanak-kanak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba Tapah dengan bantuan dari Balai Gopeng dikejarkan ke lokasi.
Katanya sebaik
tiba, pihak bomba mendapati sebanyak tujuh kenderaan terbabit iaitu dua
treler, sebuah lori, Perodua Axia dan Myvi, pacuan empat roda jenis
Pajero dan Honda Accord.
“Tiga yang maut adalah dari pacuan empat roda iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi adalah wanita dari Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler muatan kertas yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, ketika tiba di tempat kejadian hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Perodua Axia yang berada di hadapannya.
“Treler
itu seterusnya melanggar bahagian kiri Honda Accord dan kemudian
bergesel dengan treler muatan gula di bahagian kanan sebelum melanggar
Mitsubishi Pajero dan impak daripada pelanggaran itu mengakibatkan
pacuan empat roda berkenaan terhimpit antara treler muatan kertas dengan
lori penghantaran barang pos.
“Lori penghantaran barang itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi yang berada di hadapan,” katanya dipetik.
Susulan itu, polis menahan pemandu treler muatan kertas berusia 52 tahun bagi membantu siasatan dan diambil ujian air kencing serta sampel darah untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
Manakala mangsa yang terkorban dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan dituntut keluarga.
Dalam kemalangan membabitkan dua treler, satu lori, satu pacuan empat roda dan tiga kereta itu yang membabitkan 14 orang itu, empat diantara mereka dilapor maut, termasuk seorang kanak-kanak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba Tapah dengan bantuan dari Balai Gopeng dikejarkan ke lokasi.
![]() |
Kenderaan 4x4 yang terperosok dalam insiden tersebut |
“Tiga yang maut adalah dari pacuan empat roda iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi adalah wanita dari Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler muatan kertas yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, ketika tiba di tempat kejadian hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Perodua Axia yang berada di hadapannya.
![]() |
Sebuah lagi kenderaan terbabit kemalangan |

0 Comments