MAJLIS Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membincangkan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah dalam mesyuarat esok, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia susulan laporan sebelum ini bahawa Adhif Syan yang juga Pengerusi Armada Selangor bersama 16 individu lain ditahan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong kerana terlibat pesta liar.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bersatu mempunyai garis panduan berkaitan soal etika parti dan disiplin parti.
“Tapi dari sudut imej parti dan disiplin parti kita akan putuskan esok. Jadi tunggu sajalah,” katanya dipetik laporan Bernama.
Sementara itu Muhyiddin berkata beliau menyerahkan "bulat-bulat" kepada polis dalam kes berkenaan berdasarkan undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mengesahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis awal pagi Isnin itu.
Pemeriksaan polis di premis berkenaan membawa kepada penemuan satu paket serbuk dadah lutsinar dipercayai jenis Ketamine seberat 0.95 gram, satu piring kaca yang mengandungi dadah Ketamine seberat 0.3 gram serta sebatang rokok ceraian daun kering disyaki Ganja.
Turut dirampas satu dek daun trup serta cip bernilai RM100 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian
16 daripada 17 individu yang ditahan disahkan positif dadah.
Gantung Keahlian
Dalam perkembangan sama, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semalam menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana ahli, termasuk pimpinan parti itu yang terlibat dengan jenayah.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil, termasuk menggantung keahlian mereka sekiranya mereka yang terlibat didapati bersalah.
"Kalau sah ujian (air kencing positif) oleh polis dan penangkapan, selalunya kita ambil tindakan segera gantung (keahlian). Kita tidak boleh tolak ansur dalam soal jenayah.
"Selalunya dalam parti kita serah kepada lembaga disiplin untuk putuskan...dalam masa singkat kita ambil tindakan," tegasnya.
Difahamkan, seorang dari 17 ditahan dalam serbuan itu dilaporkan adalah seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).

0 Comments