SEMBILAN pengundi awal terdiri dari anggota polis akan mengundi esok bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata kesemua mereka akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut.
“Pusat pengundian awal di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 12 engah hari,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu menurut Azhar, SPR juga akan menyiarkan proses pengundian berkenaan secara langsung atau ‘live streaming’ menerusi Facebook SPR.
Manakala proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR. Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
“Pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian di pusat pengiraan undi berkelompok di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah Beaufort,” katanya lagi.
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.
Pemilih terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 pemilih dan DUN Membakut 13,391 pemilih.
0 Comments