Roy tersingkir dari pentas Gegar Vaganza


PENYANYI yang terkenal dengan lagu-lagu patriotik, Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi.

Persembahan Roy yang membawakan lagu Seniman Menangis oleh Datuk Jamal Abdillah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam malam tadi gagal memikat juri.

Roy yang dikenali ramai dengan lagu 'Kau Ratnaku' itu sekadar mengutip 55 peratus markah juri sekaligus meletakkanya di kedudukan terendah.

Juri tetap, Datuk Ramli MS ketika mengulas persembahan Roy berkata, persembahan penyanyi itu 'stagnant' dan tidak banyak berbeza dari persembahan-persembahan lepas.

"Roy tersngkir kerana stagnant, tiada pembaharuan atau warna dari segi persembahan.

"Kita melihat dari minggu ke minggu di situ sahaja, Jadi kami sebagai juri sepakat dengan pemberian markah.

"Jika dia myanyi lagu apa sahaja pun saya okay, aslkan setiap peserta itu berkarya dalam persembahan.

Tapi persembahan dia (Roy) saya boleh kata its just okay. Saya perasan di asyik ulang benda sama," kata Ramli.

Sementara itu, Roy berkata, beliau sudah menjangkakan perjuangan dalam GV6 hanya akan bertahan sekadar minggu kelapan.

Malah beliau mengakui reda dengan keputusan penyingkirannya.

“Saya reda dengan apa jua keputusan, mungkin inilah yang terbaik buat saya,” katanya.

Walaupun tersingkir, Roy diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak dan memenangi Penapis Udara bernilai RM3,500.

Sementara persembahan malam tadi terus diungguli Naqiu  yang berjaya mengekalkan kedudukan pertama dengan menyampaikan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dengan penuh bergaya.

Peserta yang bakal mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan Kumpulan One Nation Emcee.

Post a Comment

0 Comments