Jumpa mayat reput tepi pantai


PENDUDUK
sekitar Marang di Terengganu gempar dengan penemuan mayat di pesisir pantai Kampung Pasir Putih.

Difahamkan, mayat dalam keadaan anggota badan tidak lengkap itu dijumpai hampir reput oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira 10-15 hari dan dihanyutkan ombak sehingga ke pantai.

Jelasnya, identiti mayat tersebut tidak dikenal pasti dan hasil siasatan awal juga tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. Pihak polis pula mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Manakala, Mohd Zain berkata orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222.

Post a Comment

0 Comments