Hormati hak k'jaan ajar tulisan Jawi - Mujahid


SEMUA
pihak digesa agar menghormati hak kerajaan untuk mengajar tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof membuat gesaan itu susulan keputusan mahkamah mahkamah baru-baru ini yang memihak kerajaan.

“Apabila Gerakan membawa kes ini ke mahkamah dan sudah diputuskan bahawa kementerian dan kerajaan berhak untuk mengajar jawi di sekolah-sekolah cina (dan tamil), maka kita perlu menghormati keputusan mahkamah itu.

“Bukan ia apa-apa keputusan politik, tetapi ia keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akademik di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Mujahid mengulas keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya menolak permohonan parti Gerakan.

Mahkamah memberi alasan bahawa Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sayap pemuda MCA menyuarakan tentangan sekiranya kerajaan bertegas mahu memasukkan pelajaran tulisan Jawi sebagai subjek utama dalam silibus subjek di sekolah vernakular.

Post a Comment

0 Comments