SEBUAH pesawat kargo milik tentera Udara Chile dilapor hilang ketika dalam perjalanan ke pangkalan di Antartika semalam.
Reuters dalam laporannya berkata, pesawat Hercules C130 itu berlepas dari bandar Punta Arenas di selatan negara itu, pada jam 4.55 petang (waktu tempatan) dan dilaporkan terputus hubungan pada jam 6 petang (waktu tempatan).
“Pesawat Hercules C130 itu membawa 38 individu. Daripada jumlah itu, 17 adalah anak kapal dan baki 21 lagi adalah penumpang,” kata tentera udara dalam satu kenyataan.
Tiga daripada 21 penumpang itu turut dilapor merupakan orang awam, manakala juruterbang yang ditugaskan disifatkan sebagai sangat berpengalaman.
Difahamkan, ketika kejadian cuaca dilaporkan dalam keadaan baik.
Berikutan itu, satu amaran dikeluarkan sebaik sahaja komunikasi dengan pesawat itu terputus, dan pasukan mencari serta menyelamat sudah dikerah untuk mengesannya.
Pesawat itu dilaporkan sedang perjalanan menghantar bantuan logistik kepada kemudahan milik negara itu di Antartika selain menjalankan pemeriksaan rutin peralatan di pengkalan tersebut.
0 Comments