Pekan Rantau Panjang lumpuh akibat banjir


PEKAN Rantau Panjang dilapor lumpuh selepas dinaiki air sehingga satu meter

Berita Harian dalam laporannya berkata, situasi itu telah menyebabkan seluruh aktiviti perniagaan di pekan itu lumpuh dengan semua premis perniagaan terpaksa ditutup.

Difahamkan juga, peniaga mula memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi bagi mengelak kerugian.

Laluan ke pekan itu pula dilapor telah ditutup kepada kenderaan ringan sejak tengahari semalam.

Setiausaha Sekretariat Bencana Negeri Kelantan, Zainuddin Hussin, ketika dihubungi berkata segala aktiviti di pekan itu terhenti dan penduduk dinasihatkan berpindah ke tempat selamat.

“Setakat ini sebanyak 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan di Pasir Mas dan Rantau Panjang yang menempatkan 1,147 mangsa daripada 376 keluarga.

“Penduduk sudah mula meninggalkan kediaman mereka apabila air mula naik kerana khuatir akan keselamatan terutama kanak-kanak.

“Kita juga menasihatkan penduduk tidak menjalankan aktiviti di pekan Rantau Panjang bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 6.10 petang ini, paras air Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya iaitu mencecah 10.40 meter (m).

Manakala informasi diperoleh malam tadi berkata, hujan masih turun dikawasan berkenaan.

Post a Comment

0 Comments