SEORANG kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan banjir di Pasir Putih, Kelantan semalam.
NST melaporkan Muhamad Eilham Hasmadi,7, sebelumnya menemani bapanya untuk memasang pukat berhampiran sawah petang sebelum dia dilaporkan terjatuh dalam tali air dan dihanyutkan.
Panggilan kecemasan dibuat pada pukul 6.40 petang sebelum operasi menyelamat dilancarkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Azhar Elmi Mustofar berkata anggota pasukan itu setakat ini belum dapat menemui kanak-kanak berkenaan.
"Operasi ini terpaksa dihentikan pada pukul 10 malam kerana cuaca buruk. Kami teruskan semula operasi pada kira-kira jam 8 pagi ini," katanya dipetik.
Hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir di beberapa daerah di Kelantan.
Setakat pagi ini, kira-kira 5,600 penduduk di negeri itu telah dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sementara.
Hujan dijangka akan berterusan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada kepada penduduk di Kelantan dan Terengganu.
0 Comments