SEORANG bapa tiga anak kini memerlukan bantuan anda rakyat Malaysia.
Afrizam Drawi @ Md Arif, 40, kini buntu memikirkan cara untuk mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos pembedahan jantung kronik yang perlu dilakukan minggu hadapan.
Memetik laporan Sinar, Afrizal berkata, dia menghidap penyakit jantung kronik iaitu jantung lemah dan injap jantung bermasalah yang kemungkinan dialaminya sejak lahir.
Malah dia turut menderita akibat batu sebesar 1.7 sentimeter di dalam hempedu yang turut dikesan oleh doktor pada Ogos lalu.
“Pada mulanya saya ingatkan hanya gastrik biasa, rupa-rupanya bukan. Terkejut apabila doktor sahkan saya hidap sakit jantung kronik dan perlu segera dibedah elak serangan berulang lagi,” katanya menurut laporan itu.
Afrizam yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta memberitahu, doktor turut mengesahkan jantungnya juga sangat lemah yang mana berfungsi hanya 29 peratus.
“Sebelum ini saya sudah menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasti untuk memasang sten, namun usaha berkenaan gagal berikutan jantungnya tersumbat 100 peratus pada tiga saluran,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.
Katanya, dia hanya memperoleh gaji bersih RM1,200 sebulan dan isterinya, Habsah Ismail,40, hanya seorang suri rumah dan perlu menampung tiga lagi anak yang masih bersekolah, dia tidak mampu untuk mengumpulkan wang tersebut apatah lagi dengan kudratnya yang kini terbatas.
Orang ramai boleh membantu meringankan beban Afrizam boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153010407852 (Habsah Ismail) atau boleh menghubungi talian 010-9261998.
0 Comments