PIHAK berkuasa New Zealand mengesahkan lima orang maut dan sekurang-kurangnya lapan hilang akibat letusan gunung berapi mengejut di White Islanad dekat pesisir timur North Island, New Zealand, semalam.
BBC dalam laporannya berkata, sehingga kini tiga puluh empat orang terdiri dari pelancong selamat dengan 31 dari mereka diberi rawatan di hospital.
Difahamkan terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.
Mangsa dilaporkan hilang, namun butiran mengenainya masih tidak dapat disahkan.
Turut terlibat ialah rakyat Amerika Syarikat, China, New Zealand dan Australia.
Perdana Menteri Australia, Scott Marrison berkata, terdapat kira-kira 24 warga negara itu berada di atas kapal persiaran menjelajah pulau di Teluk Plenty apabila gunung berapi meletus.
Selain diatas kapal, terdapat pelancong yang didakwa berada diatas darat ketika letusan itu berlaku.
Sebagai rekod, kedudukan pulau itu ialah didalam kawasan lingkaran gunung berapi.
Dikenali sebagai Whakaari, ia memiliki gunung berapi paling aktif di negara ini. Walaupun begitu, pulau persendirian ini merupakan destinasi pelancongan dengan lawatan kerap oleh pelancong saban hari.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalams atu sidang media menyifatkan insiden itu sebagai malapetaka besar.
Beliau turut berkongsi kesedihannya terhadap insiden yang meragut banyak nyawa itu.