Ayahanda Datuk Seri Dr Wan Azizah meninggal dunia.


DATUK Wan Ismail Wan Mahmood, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi tadi di kediamannya di Ampang.

Berita itu dimaklumkan pengendali laman Twitter Dr Wan Azizah  menerusi laman rasminya awal pagi ini.

“Dukacita dimaklumkan Dato’ Dr Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini”.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mustaqim,Taman Nirwana, Ampang, Selangor untuk solat jenazah pada jam 9.00am dan akan dikebumikan kira-kira jam 11 pagi ini.

Sebagai rekod, Wan Ismail, 93, pernah menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis.

Post a Comment

0 Comments