Ahmad Idham akhirnya tinggalkan Finas


PENERBIT filem terkenal, Ahmad Idham akhirnya menjawab teka teki mengenai kedudukannya di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Semalam, Ahmad Idham mengumumkan pengundurannya dari agensi itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Finas, Ahmad Idham akan meninggalkan jawatannya pada 10 Mac 2020 selepas memohon agar kontraknya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dipendekkan.

"Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima dan meluluskan permohonan daripada CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau atas sebab-sebab peribadi," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, ada pekulasi yang mengatakan beliau direhatkan daripada menjalankan tugasnya beberapa minggu sebelum ini susulan kritikan dari pelbagai pihak.

Ahmad Idham yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam industri kreatif diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, menjadi CEO Finas yang baru untuk tempoh dua tahun bermula Mac lalu.

Dengan perkembangan terbahru ini, bermakna beliau hanya sempat bertahan selama setahun saja di kerusi panas itu.

Post a Comment

0 Comments