DUA wanita dipercayai adik-beradik ditemui mati dalam insiden kebakaran di Parit Buntar awal pagi tadi.
Dalam kejadian di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang itu, anggota bomba menemui mayat dua beradik itu dalam keadaan menyayat hati berhampiran pintu utama rumah berkenaan.
Memetik laporan Sinar, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan Ida, 56, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) .
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 pagi sebelum mengejarkan anggot mereka ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah sedang terbakar 80 peratus dan hasil maklumat disyaki ada mangsa di dalamnya," katanya.
Menurutnya, operasi memadam dan menyelamat kemudiannya menemui dua wanita berhampiran pintu utama.
"Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian hanya mereka tinggal di rumah berkenaan," tambahnya.
Difahamkan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
0 Comments