Mulai tahun depan, Seremban dinaiktaraf sebagai Bandaraya


SEREMBAN
bakal diisytiharkan sebagai Bandaraya mulai 1 Januari 2020.

Difahamkan, ia susulan percantuman dua entiti kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN0 seperti dilapor sebelum ini.

Intiti itu selepas ini bakal dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sementara itu berkata, pengisytiharan rasmi Seremban sebagai Bandaraya akan dilakukan pada 20 Januari 2020 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kerajaan Negeri pula jelasnya bersetuju melantik seorang Datuk Bandar dan seorang setiausaha untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.

"Pelbagai acara dan sambutan sedang dirancang bagi meraikan Bandaraya Seremban dengan penuh gemilang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri semalan.

Aminuddin juga memberitahu, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan di Wisma Negeri bermula tahun hadapan.

Katanya, usaha itu adalah sebagai usaha mengurangkan gejala rasuah di pejabat terutama dalam kalangan penjawat awam.

Post a Comment

0 Comments