JUMLAH mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Selagon bertambah setakat jam 10 malam tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan yang disiar Bernama berkata, 427 mangsa daripada 153 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding hanya 422 mangsa daripada 151 keluarga petang semalam.
Hujan berterusan sejak Isnin hingga mengakibatkan banjir melibatkan lebih 20 kampung di kedua-dua daerah itu terjejas.
Susulan itu, PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka jam 2.50 pagi semalam bagi menempatkan penduduk terjejas.
Setakat jam 8 malam ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 7.85 meter berada pada paras waspada, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 6.5 berada pada paras amaran.
Beberapa jalan menghubungkan beberapa kampung terbabit terjejas dan difahamkan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
0 Comments