Pemimpin PN jangan kritik jika tak pandai beri cadangan - ABIM

 


TINDAKAN Ahli Parlimen Kapar dari Perikatan Nasional (PN) yang meremehkan usaha kerajaan meringan beban hidup rakyat melalui inisiatif Menu Rahmah dikritik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan media berkata, ABIM amat terkilan dengan ucapan Dr Halimah Ali yang mengaitkan hidangan itu dengan risiko penyakit autisme dan kanser.

"Beliau tidak seharusnya memperlekeh sebarang inisiatif baik yang mendapat perhatian rakyat seperti Menu Rahmah dengan sentimen untuk mendapatkan populariti politik semata-mata.

"Wakil rakyat PN yang ditampilkan sebagai kabinet bayangan kepada jemaah menteri Kerajaan Perpaduan ini perlu berperanan memberikan alternatif serta menjuarai isu rakyat secara ilmiah," katanya.

Halimah yang mengetuai Kementerian Perpaduan Negara dalam kabinet bayangan PN dikritik banyak pihak susulan kenyataan semberono pada sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat baru-baru.

Sebagai seorang doktor perubatan, tindakannya mengaitkan Menu Rahmah sebagai hidangan bermutu rendah sehingga boleh menyebabkan autisme dipersoal orang ramai kerana makanan tidak mengakibatkan autisme, sebaliknya ia ditentukan DNA dan sewaktu lahir.
 
Sementara itu Muhammad Faisal dalam kenyataannya mencabar Halimah mengemukakan penyelesaian yang boleh menambah baik kehidupan rakyat selain dari Inisiatif untuk rakyat mendapatkan makanan murah untuk tengah hari dan malam itu.

Adakah Halimah ada alternatif lebih baik?
Tegasnya, sekirannya PN mahu membuktikan bahawa mereka bersedia menjadi kerajaan, ahli kabinet bayangan PN perlu menjalankan fungsi dan peranan mereka dengan jelas.
 
"Justeru, PN tidak seharusnya ambil pendekatan mempertikai secara semberono tanpa kemukakan inisiatif lebih baik yang boleh dilaksanakan," katanya.

Post a Comment

0 Comments