SEORANG pemandu bas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh dinding bangunan sebuah kedai pakaian.
Dalam kejadian jam 5.50 pagi tadi, Lee Kim Thai, 64, yang memandu bas dinaiki 20 penumpang warga China hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dinding kedai terletak di persimpangan Jalan Larut dan Jalan Hutton di sini.
Kesemua mereka dalam perjalanan dari sebuah hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang mengesahkan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun difahamkan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar menggunakan kenderaan lain ke lapangan terbang sebelum mereka berlepas pulang ke China.
"Mayat pemandu bas dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.
"Siasatan lanjut mengenai punca kemalangan masih dijalankan dan kita sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian jam 5.50 pagi tadi, Lee Kim Thai, 64, yang memandu bas dinaiki 20 penumpang warga China hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dinding kedai terletak di persimpangan Jalan Larut dan Jalan Hutton di sini.
Kesemua mereka dalam perjalanan dari sebuah hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang mengesahkan kejadian berkenaan.
![]() |
Pemandu dilapor maut ditempat kejadian |

0 Comments