TINDAKAN Mohammed Azmin Ali mengadakan pertemuan 'misteri' dengan beberapa pemimpin termasuk dari Barisan Nasional (BN) baru-baru ini disifatkan sebagai tidak bijak.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata tambahan tindakan itu dilakukan kurang 72 jam selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Tambahnya, sekalipun perjumpaan itu sama ada terdapat maksud tersurat mahupun tersirat, jelas tindakan itu mendatangkan rasa sangsi dan curiga.
"Saya anggap masa pertemuan itu kurang tepat, kurang bijaksana kerana PH adalah politik yang terjalin atas dasar politik saling mempercayai dan hormat-menghormati.
"Jadi sebarang tindak tanduk yang mengundang kepada persepsi yang boleh timbulkan kecurigaan dan kesangsian, maka adalah paling bijak jika ia dapat dielakkan,"
Sementara itu Saifudin percaya perkara tindakan Azmin itu bakal dibangkitkan pada mesyuarat bulanan Majlis Presiden HARAPAN pada 23 November ini yang akan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
0 Comments