SUASANA di
lobi Dewan rakyat hari ini tegang apabila dua orang Ahli Parlimen dari
Barisan Nasional (BN) saling meninggikan suara dihadapan media.
Melalui satu video yang disebarkan, pemimpin berkenaan Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) dan Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dilihat ditetnangkan oleh beberapa individu yang berada di kawasan itu.
Difahamkan, insiden berlaku kerana Ismail tidak berpuas hati dengan tindakan Tajuddin yang dakwanya telah menyebarkan gambar anaknya.
"Gambar anak aku sakit viral ... (tidak jelas)..," bentak Ismail sambil meluru ke arah Tajuddin.
Dalam video itu, Ismail dan Tajuddin dilihat ditenangkan beberapa individu yang dipercayai pegawai kepada Ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk seorang bekas pemimpin Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip dan pembantu kepada DatuK Seri Dr WaN Azizah.
Ismail kemudiannya dibawa ketepi dan ditenangkan oleh mereka sebelum beberapa pemimpin Umno lain antaranya Shahidan Kasim datang kepada Ismail.
Ismail yang ditemui media selepas kejadian itu mendakwa, Tajuddin menularkan gambar beberapa rakan-rakannya dari BN yang melawat anaknya yang sakit, namun difitnah kononnya berkomplot menyokong seorang pemimpin lain.

BACA: Apa Ahli Parlimen BN buat di rumah Azmin?
BACA: Hishamuddin didakwa dalang bawa MP BN jumpa Azmin

"Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya dia jadikan isu konon buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain.
" Mana boleh, tak betul.. mana boleh macam tu," katanya sambil berlalu.
Dipercayai
perang mulut itu susulan rasa tidak puas hati susulan perjumpaan sulit
beberapa Ahli Parlimen Umno dengan Menteri hal Ehwal Ekonomi, Mohamed
Azmin Ali.
0 Comments