Azmin beri mesej negatif terhadap HARAPAN - Shamsul


TINDAKAN
Mohamed Azmin Ali mengatur pertemuan sulit yang menimbulkan kontroversi dan tanda tanya dikalangan ramai orang baru-baru ini terus dibidas banyak pihak.

Terbahru, ia turut menarik perhatian Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul yang juga Menteri Industri Utama dipetik berkata, tindakan itu seolah-olah satu perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Pertemuan dengan pimpinan UMNO, biar rakyat menilai. Selepas kekalahan teruk PRK Parlimen Tanjung Piai tapi kita ada seorang Naib Presiden HARAPAN yang buat pertemuan dengan pimpinan UMNO.

“Saya pun tiada bukti jelas, berita ini hanya berlegar melalui WhatsApp. Jadi, rakyat nilailah,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen semalam.

BACA:
Bekas pemimpin pelajar dedah helah Azmin

BACA: Hishamuddin didakwa dalang bawa MP BN jumpa Azmin.

Tambah Shamsul, apa yang jelas tindakan Azmin itu telah  memberikan mesej negatif kepada HARAPAN dan juga rakyat.

Pada malam Isnin, sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli Parlimen KEADILAN yang dipercayai dari kem Azmin hadir ke pertemuan di kediaman Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Malaysiakini dalam laporannya melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak) di kediaman itu.

Selain mereka, pemimpin Umno yang turut dilihat di kediaman Azmin ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor, Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).

Post a Comment

0 Comments