Wakil rakyat MCA jangan beri alasan peruntukan - ADUN


AHLI Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng diingat jangan menjadikan alasan ketiadaan peruntukan sebagai halangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Sebaliknya, Pengerusi DAP Tanjung Piai, Yeo Tung Siong berkata pemimpin MCA mesti membuktikan dirinya boleh memberi khidmat lebih baik berbanding apa yang telah dilakukan penyandang sebelum ini, iaitu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Malah tegasnya, Dia yang pernah menjadi wakil rakyat ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah membuktikan mampu menggalas tanggungjawab diberikan walaupun bukan mewakili kerajaan.

"Saya sendiri pernah berdepan keadaan tiada peruntukan daripada kerajaan ketika menjadi wakil rakyat DUN Pekan Nanas di zaman pembangkang pada 2013 hingga 2018.

"Saya berusaha memberi khidmat kepada masyarakat walaupun ketika itu tidak dapat satu sen pun peruntukan malah penduduk di sini mesra dan memahami keadaan wakil rakyat pembangkang ketika itu," kata Adun Pekan Nanas itu.

Sementara itu beliau memberi jaminan akan memastikan semua peruntukan diumum kerajaan untuk kawasan Parlimen itu akan disalurkan seperti dijanjikan penduduk kawasan itu.

Tung Siong yang juga Pengerusi DAP Tanjung Piai berkata, peruntukan yang diumumkan ketika musim PRK lepas mempunyai rekod dalam jabatan tertentu seperti pejabat daerah dan beliau akan memastikan projek berkenaan wujud.

Post a Comment

0 Comments